Thursday, 24 January 2013

OK ke KO???

Semenjak dua ni..macam-macam dah jadi.. Apakah kali ini aku cukup kuat untuk hadapi semua dugaan ni??? Aku berdoa dan berharap segalanya akan baik-baik saje.

Semua yang aku takutkan akan terjawab hari sabtu ni. Tapi ntah la. Sejauh mana aku dapat bertahan. Apa yang penting, aku dah pun nekad.. aku akan berusaha sekuat dan sedaya mungkin untuk tidak kelihatan lemah. Biarkan orang ramai nampak aku kuat. Aku tak akan biarkan sesiapa pun mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Biar apa yang aku rasa, hanya aku yang tanya. Dan hanya pada-MU ya Allah aku bermohon dan bercerita perasaanku.

Selepas ini, andai kata memang keputusan tak memihak kepada aku, aku akan jadikan semua itu satu pengajaran berguna untuk diriku. Lain kali aku tidak akan sesekali mengulangi kesilapan ini lagi. Serik. Segala yang berlaku amat bermakna bagi kehidupan ku. Dan terjangkau oleh akal fikiranku yang benda ni akan jadi seteruk ni.

Bila saat itu tiba, aku cuma berharap aku akan biasakan diriku dengan keadaan ini. Tak nak bergantung dengan orang lagi. Tengok la sekarang. Kerana terlalu bergantung dengan orang, aku jadi lemah.

Cuma tunggu dan lihat saje ape yang akan berlaku... 

No comments:

Post a Comment